Hari Terbuka PI Tanjung Bowang, Bogag dan Skio Bersempena Sambutan Hari Malaysia Bersama Tabika Kemas Tanjung Poting
17 September 2015 | Aktiviti Terkini
Program ini telah diadakan pada 16 September 2015 bertempat di Dewan Kampung Tanjung Poting,Singai bertempat dan telah dihadiri seramai enam puluh orang peserta yang melibatkan kanak-kanak TABIKA KEMAS, para ibu bapa serta kakitangan Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK). Ketua kampung juga turut hadir bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut. Tujuan utama program ini adalah untuk meraikan Sambutan Hari Malaysia bersama komuniti di kawasan berhampiran PI disamping membina hubungan baik di antara kakitangan dan penduduk kampong dengan menjalankan aktiviti dan bersantai bersama. Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk memupuk semangat cintakan Malaysia dalam kalangan komuniti dan golongan muda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: